Maklumat yang terdapat di laman web ini disediakan semata-mata untuk tujuan pendidikan umum dan pemasaran. Ia tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat perundangan, perakaunan, kewangan, percukaian, atau pelaburan yang diberikan oleh ASAB. Pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat rundingan profesional sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terkandung di laman web ini.
Segala kandungan yang disediakan oleh ASAB bertujuan untuk memberikan maklumat yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, ASAB tidak memberikan sebarang jaminan, sama ada secara nyata atau tersirat, berkenaan dengan kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian, atau ketersediaan laman web ini, termasuk maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan untuk sebarang tujuan. Oleh itu, sebarang tindakan atau kebergantungan terhadap maklumat yang disediakan adalah atas risiko pengguna sendiri.
ASAB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kerugian tidak langsung atau bersampingan, kehilangan data, atau kehilangan keuntungan yang berpunca daripada penggunaan laman web ini.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang dikendalikan secara bebas. Penyertaan pautan tersebut tidak bermaksud ASAB menyokong atau mengesahkan kandungan yang dinyatakan dalam laman web berkenaan. Pautan tersebut disediakan hanya untuk kemudahan rujukan pengguna. ASAB tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman web pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab terhadap sifat, kandungan, atau ketersediaannya.
ASAB berhak untuk menolak penyediaan sebarang produk atau perkhidmatan kepada mana-mana individu tanpa perlu memberikan alasan. Semua hak terpelihara. Sebarang penerbitan semula, penyimpanan dalam sistem dapatan semula, atau penyalinan mana-mana bahagian laman web ini adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.
ASAB tertakluk kepada undang-undang dan peraturan domestik serta antarabangsa yang memerlukan kami untuk mengesahkan identiti, alamat kediaman, maklumat hubungan, pekerjaan, jenis perniagaan, sumber dana, serta tujuan penggunaan produk dan perkhidmatan pelanggan sebelum menjalin hubungan perniagaan. Maklumat yang dikumpulkan akan disimpan secara sulit, tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan, termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Perlindungan Data Peribadi.
Dasar Penafian ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma Penggunaan (TP) dan Dasar Privasi (Dasar Perlindungan Data Peribadi) ASAB.
Puan Lena Darwin Hts ialah Ketua Pengarah Eksekutif di ASAB. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam sektor minyak dan gas sebelum memulakan karir dalam industri kewangan di tahun 2012.
Puan Lena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia serta seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), sebuah badan di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Beliau juga memegang Lesen wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga memiliki Diploma in Professional Will Writing and Estate Planning dari sebuah institusi undang-undang di Malaysia yang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).