amanah ehsan

Diwujudkan bagi membolehkan individu membina akaun amanah tunai dengan jumlah yang berpatutan secara konsisten sehingga tempoh matang, sambil memastikan kebajikan penerima manfaat terpelihara.
Inisiatif ini bertujuan menggalakkan perancangan kewangan yang lebih teratur dan memudahkan generasi muda membina aset serta memastikan pengurusan harta yang tersusun sejak awal.

ringkasan produk

individu

minimum
RM1,000
Disertai Auto-Debit serendah RM100 setiap bulan
Sesuai utk golongan muda yang ingin membuat perancangan harta seawal mungkin

kelebihan produk amanah ehsan

  • Melindungi kekayaan daripada risiko kewangan, tuntutan mahkamah, dan pemiutang.
  • Menjaga keselamatan dan kerahsiaan urusan kewangan serta perundangan.
  • Memastikan pemindahan aset berjalan lancar tanpa komplikasi perundangan.
  • Menjamin pertumbuhan dan kelestarian aset untuk kestabilan jangka panjang serta warisan masa depan.

berminat menjana pendapatan dengan menjadi perunding di as salam?

Info Syarikat

© As Salam Amanah Berhad

Puan Lena Darwin Hts ialah Ketua Pengarah Eksekutif di ASAB. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam sektor minyak dan gas sebelum memulakan karir dalam industri kewangan di tahun 2012.

Puan Lena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia serta seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), sebuah badan di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Beliau juga memegang Lesen wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga memiliki Diploma in Professional Will Writing and Estate Planning dari sebuah institusi undang-undang di Malaysia yang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).