Puan Lena Darwin Hts ialah Ketua Pengarah Eksekutif di ASAB. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam sektor minyak dan gas sebelum memulakan karir dalam industri kewangan di tahun 2012.
Puan Lena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia serta seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), sebuah badan di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Beliau juga memegang Lesen wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga memiliki Diploma in Professional Will Writing and Estate Planning dari sebuah institusi undang-undang di Malaysia yang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Dato' Haji Mohd Arif Bin Haji Ismail merupakan Penasihat Syariah di ASAB. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Al-Azhar, Mesir, dengan kepakaran dalam undang-undang Islam.
Kepakaran beliau dalam Syariah dan perundangan Islam menjadi asset penting dalam memberikan nasihat startegik dan panduan keagamaan kepada organisasi serta individu yang diwakilinya