POLISI PRIVASI
Di As Salam Amanah Berhad 202301025147 (1519070-V), kami komited untuk melindungi privasi dan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA"). Dasar ini bertujuan untuk menjelaskan:
Jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan kaedah pengumpulannya;
Cara kami menggunakan data peribadi anda;
Pihak yang mungkin menerima pendedahan data peribadi anda; dan
Pilihan yang tersedia kepada anda, termasuk hak untuk mengakses dan mengemas kini data peribadi anda.
1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Kami mungkin mengumpulkan data peribadi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Maklumat yang diberikan melalui dokumen rasmi seperti borang permohonan perkhidmatan, bukti identiti, bukti alamat, sumber kekayaan, dan dokumen berkaitan.
Untuk pelayaran web umum, walaupun tiada data peribadi dikumpulkan secara langsung, maklumat teknikal tertentu seperti alamat IP, kuki (cookies) waktu lawatan, serta tempoh lawatan mungkin diperoleh melalui pembekal perkhidmatan internet kami.
Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada kami (contohnya, maklumat pasangan, anak-anak, ibu bapa, atau pekerja), anda bertanggungjawab memastikan bahawa persetujuan telah diperoleh daripada mereka sebelum menyerahkan maklumat tersebut kepada kami.
2. KAEDAH PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Kami mengumpulkan data peribadi anda melalui pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
3. PENGGUNAAN DATA PERIBADI
Data peribadi yang dikumpulkan digunakan untuk tujuan berikut:
4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
Bagi memastikan kelancaran operasi dan penyediaan perkhidmatan, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga berikut:
5. KEGAGALAN MENYEDIAKAN DATA PERIBADI YANG LENGKAP
Sekiranya anda tidak memberikan data peribadi yang diperlukan dalam borang permohonan atau pendaftaran kami (sama ada secara manual atau elektronik), kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
6. HAK UNTUK MENGAKSES DAN MEMBETULKAN DATA PERIBADI
Kami memberi anda hak untuk mengakses dan mengemas kini data peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Sekiranya anda mendapati maklumat yang kami pegang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau tidak terkini, anda boleh mengemukakan permintaan melalui Help Desk atau menghubungi kami di info@assalamtrust.com.
7. TEMPOH PENYIMPANAN DATA PERIBADI
Data peribadi anda akan disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan bagi tujuan ia dikumpulkan atau digunakan, atau selagi mana ia diperlukan untuk pematuhan undang-undang dan keperluan perniagaan kami. Kami tidak akan menyimpan data anda lebih lama daripada tempoh yang diperlukan, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa yang berkenaan.
8. LANGKAH-LANGKAH PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Kami mengambil langkah-langkah yang wajar untuk melindungi data peribadi anda melalui pelbagai kawalan keselamatan, termasuk prosedur dalaman yang ketat dan pengesahan identiti semasa anda berinteraksi dengan kami.
Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Walau bagaimanapun, kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar perlindungan data, prosedur keselamatan, atau kandungan laman web tersebut.
9. PERSETUJUAN ANDA
Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, dan penggunaan data anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar ini.
Sekiranya terdapat perubahan pada Dasar ini, versi terkini akan diterbitkan di laman web kami. Anda juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan salinan terkini. Penggunaan perkhidmatan kami secara berterusan menunjukkan persetujuan anda terhadap sebarang perubahan yang dibuat.
10. MAKLUMAT HUBUNGAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pengendalian data peribadi anda, sila hubungi kami melalui:
✉ E-mel: info@assalamtrust.com
Kami berusaha untuk melindungi dan memastikan keselamatan data peribadi anda selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.
Puan Lena Darwin Hts ialah Ketua Pengarah Eksekutif di ASAB. Pengalaman beliau selama lebih 10 tahun dalam sektor minyak dan gas sebelum memulakan karir dalam industri kewangan di tahun 2012.
Puan Lena merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia serta seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) yang berdaftar dengan Financial Planning Association of Malaysia (FPAM), sebuah badan di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Beliau juga memegang Lesen wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pada masa yang sama, beliau juga memiliki Diploma in Professional Will Writing and Estate Planning dari sebuah institusi undang-undang di Malaysia yang bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).